Medicom RAH 12" Darth Vader ROTJ ver. (Hard to find now liao!)
Aku ada post an entry before about Darth Vader ni, and these toys yg baru sampai ni still bau kilang, directly from Medicom Toy Japan! I'm kindly respect lah this company, because they put their customer satisfaction as their top priority! Figure Darth Vader aku yg sebelum ni mengalami sedikit minor fault and broken parts which agak merunsingkan aku, kalau nak jual dalam condition rosak macam ni tak molek lah kan, apatah lagi nak markup price tinggi2 memang tak dapek lah.
Removable helmet with Anakin Skywalker portrait, superbly detail liao!
So aku mencuba nasiblah dengan meng-send kan email ke Medicom Toys minta ganti rugi, and aku agak terkejut which is they replied and put my case on consideration. By the way aku ada 2 figure Darth Vader ni and eventually dua2 rosak. As a result, they willingly replaced me with two of new action figures, without me need to pay a cent, yelah, awal2 lagi aku bagitau diorang yg aku tak rela nak bayar sesen pun, and they willingly to take responsibility for this, heheh ;)
Buy me and I'll be your father ~
So for these Vaders, i'm SELLING it. If interested, just CLICK HERE for more details. Contact me via Facebook also can, but make sure to PM me first before add me as friend. For the cute and cun girls, you all are most welcome to add/ngorat this lonely guy's Facebook. Thanks! =)
Malam ni aku berasa amat tepu sekali, means bosan, bila rasa macam ni baru terajin sikit update blog ni. Assignments pulok macam biasa, asyik beranak anak tak putus2, sigh~ Entri ni pun ditulis sambil basuh baju, eh aku basuh baju pakai mesin lah, barulah lelaki metroseksual, ye dok? Heheheh. Mesin basuh kat rumah sewa ni pun spesel sikit, dia punya lid/penutup pun tercabut, so dapatlah aku tengok proses spinning baju dalam tu, usually tengok benda tu pusing2 sambil pikir masa depan dan macam mana nak buat duit banyak2 and dapat awek banyak2. Ehem.
Okay habis dah cerita mesin basuh, what's more, just about last week aku baru saja balik dari Singapore which is class trip. Sampai sana nak kata happy, tak jugok, i'm not quite sure what the feeling is but the main objective of the trip is, do research on environmental visual/graphic signage. Fuh hensem tak saya speaking? Hehe. Okay sila tengok gambar kat bawah ni =)
Ini tiket masuk ke pusat sains Singapore, tak tengok pun dinosaur tu sebab dah puluh kali tengok Jurassic Park, tepu tepu bosan bosan (padahal taktau kat area mana dinasaur tu -_-")
Pendekkan cerita, ni jelah ole2 yg sempat dikaut balik, tunggu kepulangan anakanda ini ya mama abah and family tercinta ;)
Okay tu jelah gambar kat Singapore, ada lagi tapi banyak gambar research je and tak perlu kut di upload kat sini. Actually malas sebenarnye nak upload, dah subuh macam ni baru rasa mengantuk, haish solat dululah baru tido ;)
Malam ni rasa macam tak boleh nak tidur, esok pagi kena bertolak awal ke Singapore, oh trip kelas, haraplah trip ni boleh have fun dengan classmates tapi lecturer pulok macam...haiz...tak elok pulok ngumpat2 lecturer ni, teruk macam mana pun dia jugak yg kasi aku markah, tak akan pernah dekannya aku -_-"
Oh apa yg penting, harimau muda berjaya membaham garuda hahaha. Moment time tengok bola kat kedai mamak yg penuh dengan penyokong Malaysia especially kumpulan Ultra Malaya, memang feeling habis! Terus rasa kenegaraan & patriotik membuak buak je, mana taknye, bila lagu Negaraku dimainkan semua siap bangun berdiri kat kedai mamak tu, terus tak ingat roti canai kat depan dah haha. Ini belum masuk stadium lagi heheh.
Tapi takziah buat warga Indonesia yg mengalami tragedi kehilangan nyawa 2 warga Indonesia akibat dipijak orang ramai ketika menyerbu masuk stadium, aku pun tak berapa pasti details news ni tapi yg pasti 2 orang mati.
Video ni dirakam through camera phone member aku, ini moment selepas jaringan penalti Badrol (kapten) akhirnya membolos gawang garu dada yg menentukan kemenangan buat Malaysia. Tapi agak kecewa sebab Malaysia kalah 2-0 menentang Syria dalam match qualification Olimpik. Dalam game ni Malaysia terus tak perform, possession bola pun Syria banyak pegang. Maybe letih lawan garu dada tak habis lagi kut.
p.s/ Baru sekarang rasa tergerak nak update, padahal banyak benor peristiwa menyayat hati terjadi kat aku baru2 ni, paling tak tahan melibatkan 'bini' aku..arghh!
Tajuk kali ni ternyata berbaur sedikit poyo/bongkak tapi hakikatnya tak poyo/bongkak pun si tuan empunya blog ni, yelah, dah lah tak poyo/bongkak, pastu baik plus hensem pulak tu. Ehem.
Sekarang aku dah ada kat Shah Alam, first of the week kelas pun ada takde je. Standard lah UiTM. Banyak masa aku dihabiskan dengan online memanjang kat rumah sewa. Dalam masa tu aku terjumpa la satu website ni, iaitu History Chanel. Kat website ni ada anjurkan contest menjawab quiz dalam masa yang cepat dan jawab betul paling banyak, topiknya pasal sejarah presiden US iaitu JFK or J.F. Kennedy dan salasilah keluarga beliau.
Bagi yang ada Astro kat rumah bolehlah tengok program ni kat History Chanel, tak silap aku ni dia buat macam drama/lakon semula.
Canon EOS 60D
Sebenarnya aku tak minat pun sejarah pasal presiden US ni, apa yang menarik minat aku join contest quiz tu sebab first prize dia, iaitu kamera DSLR Canon 60D! Peh! Memang masyuk kalau dapat kamera ni. So inilah ranking highscore yang terkini..
Top 5 tu beb! Oh yeah!
Agak susahlah jugak nak dapat ranking ni, lagi2 nak maintain ranking tu, ada je orang yang pintas tiap hari. Ada 20 soalan dan kena jawab dalam masa 200 saat je. Soalan dia korang bayangkan lah, macam soalan sejarah Form 5, dalam English pulok tu. Pastu kena jawab dalam masa yang terpantas sekali. Memang agak mustahil lah bagi aku ni yang sedia genius even bagi pengkaji sejarah pun tak mungkin dapat jawab sepantas kelajuan cahaya. So untuk maintain ranking tu sampai esok pun macam impossible je.
Ada bran?
Ini latest punya score, konfem nama aku boleh tercicir kalau aku tak main quiz ni esok.
Mamat top scorer tu aku rasa mesti dia pakai cheat, dah lah jawab semua betul then masa jawab 29.32 saat?! Aku nak sampai 30 saat pun dah pancut, eh pancit. Yelah penat jari tekan mouse laju2. Klik sini kalau nak try.
Kalaulah belajar sejarah kat sekolah dulu boleh dapat gifts/prizes mahal2 macam DSLR ni ke, PSP ke, PS3 ke, confirm ramai student yang dapat kaler terbang, or flying colors.
Time puasa hari tu, kakak ku ada mintak tolong aku design kan logo TNB Careline, oh kakak aku ni memang kerja di TNB dan manis orangnya (tiba2). So ni kira chance baik kat aku boleh dapat job kecik gini daripada lepak saje2 kat rumah.
Bab design logo ni aku memang fail, tapi dah dapat job ni so pulun je lah, so ni antara hasil2 nya...
2 gambar bawah ni design awal2 or mock up...
Mock up 1
Mock up 2
Okay, yang bawah ni semua hasil yang final..
1
2
Yang ni aku tak sure boleh pakai ke tak design macam ni, setahu aku nombor talian careline ni 1 je tapi TNB ni pelik, ada 2 nombor careline dia..so lantak ahh ye..
Yang ni nombor careline 1 lagi, saja aku buat asing, so takdelah nampak pelik
Sebenarnye TNB anjurkan contest cipta logo tapi cuma staf TNB je boleh masuk, so kakak aku antara staf TNB, boleh lah masuk. Kira ni contest tertutuplah, nampak sangat TNB ni save budget tak nak upah designer luar, pakai kerah staf sendiri je..nampak permainannye disitu haha..
Kalau kakak aku menang, salah satu dari logo ni confirm naik billboard..haha..tapi aku rasa tak mungkin sebab design aku teruk :(
p.s. Apa kaitan dengan tajuk? Oh budak mentah tu aku lah..mentah lagi dalam dunia design2 ni, sesiapa yang bermata seni tu silalah kritik kaw2 punye hehe
Job atau bahasa melayunya, kerja, secara definisinya orang yang bekerja secara sukarela dibayar atau tak rela dibayar (eh ada ke?).
Okay dah bunyi macam kamus dewan pulok. Demn..
Dalam entri aku sebelum ni dah ada bagitau yang aku cuti 4 bulan, okay lama tu tapi dah nak habis dah =(
Terasa macam berat je nak tinggalkan kampung and aku pun pelik tak rasa excited pun nak naik sem baru..sigh~
Hari tu habis je praktikal aku kerja part time jadi stocker atau stock taker. Kerja ni pada anggapan aku lah tak ramai yang tau sebab company yang aku kerja ni macam agak low profile tapi dapat client besar2 macam Tesco, Jusco, Carrefour, Giant, and lain2. Kiranya company ni adalah third party semua supermarket tu untuk bahagian kira stok je. Kerjanya senang je, just kira semua barang secara berjemaah/ramai2, bukan barang dalam gudang tu tapi dalam supermarket tu. Kat bawah ni contoh uniform time kerja..tu bukan aku okay!
Gambo curik dari Google, aku takde iphone so takdelah gambo aku =( (apa kaitan?)
Oh nama company ni Ajis, bukan pak ajis sugar daddy tu (main tulis je), and Ajis ni asal dari Jepun so bos aku pun memang orang Jepun. Kerja ni memang tak tido malam lah, start dari malam sampai pagi, biasa start dalam pukul 11-12 malam sampai 7-8 pagi. Yang penting sehari RM50+ dapat and so far semua okay.
Yang tak okay nye aku takde iphone or natang phone skrin sentuh2 tu semua, kalau tak dah ada dah gambo mamat hensem beruniform Ajis dalam blog ni..hehe
p.s. Tak macam budak ni, dapat je gaji terus angkat natang android..sigh~
Kat atas tu bunyi mengeluh, maknanya cuti 4 bulan yang aku harungi selama ni dah nak habis dah. Bila dah nak habis maknanya dah naik sem baru. Bila naik sem baru maknanya kena study. Bila kena study maknanya banyak subjek pelik-pelik kena hadap. Bila banyak subjek pelik-pelik kena hadap maknanya kena cari boxer baru (eh apa kaitan?) Sigh~ lagi.
Buka je student portal UiTM untuk register subjek, terus sigh~ terus menerus. Banyak pulok nama-nama subjek yang pelik dan menakutkan..
Ini baru sikit, ada lagi yang nak kena register. Sigh~
p.s. Raya dah habis, PTPTipu pun tak masuk lagi..sigh~
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Bagi yang membaca blog yang tak pernah nak update ni, trimas banyak-banyak saya ucapkan dan saya mohon maaf sebab 1, terlalu malas nak update blog ni, kesian blog ni hehe.
So malas nak tulis panjang-panjang, ini kad raya yang ku tunggu2 selama ni...
Dan2 aku dah habis praktikal minggu lepas, which is hari jumaat lepas, then hari sabtu dan ahad ada gig pulok kat i-City. Setahu aku gig ni disponsor oleh Digi yang sememangnye bertemakan color kuning, dan2 pulok hari sabtu tu duk bising pasal perhimpunan Bersih yang bahawasanye bertemakan kuning jugok..banyak pulok dan2 dia, semua nak kebetulan je haha..
Main stage dia ada dua, ni yg second, lighting dia memang nice..
Okay, yang paling penting sekali gig ni masuk free! Dan diadakan selama dua malam je..sebenarnye selama hidup aku ni tak pernah lagi cecah kaki ni masuk gig/konsert ni, apatah lagi gig kecik2..so ni lah first time aku masuk gig and its free! (yeah! aku memang jakun, ketinggalan..sobs sobs)
First night jam/malam pertama, korang pikir gapo? Bukan malam pertama tu ye..grrrr
Awie Rafael, aku pun baru tau ada nama band camni tapi lagu dia pernah lah dengar kat radio..
Band ni pulok namanye Drama, diorang lah yg buat soundtrack utk drama Juvana tu & yg baju2 biru tu semua pelakon Juvana mai tunjuk muka..Botak pi mano entah dengar suara je..
The Azenders, band ni setahu aku band project dari Sam Bunkface & dia jugok lah vocalist, first single diorang, Peribadi, boleh tahan lah even though aku tak layan sangat Bunkface..
Project Pistol, lead guitar layan jugok tapi lagu entah ape2, dah lah dressing diorang ketat2 macam gay lah sial!
Pesawat, layan lah jugok walaupun aku tak layan sangat diorang...
Lan & the typewriter, diorang perform last skali bagi penutup utk malam pertama, Lan perform memang terbaik bak hang!
Eh brader yg baju putih belang2 tu macam style, kalau suruh nyanyi ni confirm cair gadis2..hehe
Brader baju hitam ni namanye Jan, suara pun dah macam Awie, serious weh!
Nantikan second night jam/malam kedua on entry seterusnye...
Apa yang tammat? Oh ye maksud aku latihan praktikal aku lah yang tammat..hehe. Okay, praktikal aku dari Jumaat lepas lagi dah habis, ada lah jugak rasa macam syok dan best mencari pengalaman hidup, padahal time kerja aku banyak bantai tido je hehe..mana tak nye dah hari2 mengadap PC boleh gak tepu palotak ni tapi yg penting After Effects & 3D aku sempat belajar, Alhamdulilah :)
Lagipun rutin aku hari2 time praktikal banyak mengadap tutorial je, tuts After Effects, tuts Photoshop, dan paling penting tuts 3D Blender. Aku rasa macam dibayar untuk mengadap tuts tuts dan hasilnye aku beroleh kemajuan yang agak gemilang..haha
Hasilnya...
Okay, ni short montage yang aku rasa agak berjaya lah jugak (ahh p mampuih berjaya, tak puas hati lagi sbenaqnye) untuk title blog ni hehe..aku guna After Effects CS3 dan just apply particle effects & tak silap aku nama effect tu pixel polly. So pada sesapa yang nak try buat short montage macam ni just refer kat Video Copilot je, situ berlambak tuts After Effects.
Nah..ni bak mai tang 3D pulok hehe..
First model 3D aku try hehe..
Model sama tapi aku apply skit effect shiny & transparency dan masukkan color..
Ni first try aku nak buat bullet/peluru, belum dapat shiny dia lagi ni..
Ahh ni dah dapat shiny skit, tapi ni cuma test saja, belum apply texture lagi ni..malas.
Semua 3D modeling aku buat pakai software Blender. Software ni open source atau kata lainnya free lah, dah lah free, function pun dah lebih kurang software 3D Maya, wow! Taip je Blender free download, terus keluar website dia untuk ke page download, malas kawe nak taruk link dia kat sini, aku tulis blog ni pun aku sendiri yang baca..uhh sedihnye :( hahah emo pulok dem! Tapi kalau ada rezeki aku nak try 3Dmax pulok, ramai yang kata 3Dmax ni payah & complicate, tapi aku takleh nak kata lagi macam mana, kena try dulu lah..
Oh ni semua baru progress awal2 aku belajar software2 ni, so nantikan kalau aku rajin akan ku update hasil artwork yang cemerlang gemilang untuk negara..sekian.
Sepertimana yg aku janjikan dulu, aku akan buat review sikit pasal figura idaman aku, Darth Vader, yg kini dalam genggaman aku dah heheh. So apalagi, scroll down kan mouse anda dan biarkan mata anda menilai sendiri keanggunan dan kejelitaan makhluk ni..pfttt!
Ahh let the pictures do the talking...(click to enlarge)
Packaging (front)
Packaging(back)
Figura ni dikeluarkan oleh Medicom, antara company toys yg agak tersohor lah jgk kat Jepun.
Sculpting & detailing utk figura ni memang sangat memuaskan. Tengok je la detailing helmet Vader tu,
& yg penting..muka disebalik topeng hitam tu siap di sculpt kan sekali! Nice!
Fyi, muka pucat lesu Vader ni episode 6 punya version, ikutkan aku nak je aku angkat version episode 3 sebab yg tu nampak ganas sikit (tengok gamba bawah ni)
Ni version episode 3, Anakin punya effect melecur terbakar tu still fresh & mata dia kekuningan Sith..
Detailing on the chest piece & belt pun boleh tahan..(tangan tu saja aku cabut hehe)
Vader & semua aksesorinya, banyak jenis tangan utk macam2 pose
& yg penting lightsaber nya kena ada!
Sayangnye dia punya stand kosong & membosankan macam ni je, logo star wars pun takde ;(
Vader & balacinye..huh aku baru ada sekor balaci Vader ni..
Gamba ni aku suka! sebab..aku suka lah! ;)
Dia punya cape sangat awesome weh! hujung dlm kain tu ada dawai kecik yg menyenangkan lagi utk tebar2 kan kain tu (kalau bahasa melayu panggil apa eh? kain rentang? langsir? Ahh lantak)
Vader & red sticknya..
Stand ni pinjam yg Blackhole Stormtrooper punya
Overall, aku kira beruntunglah jgk dapat rembat figura ni memandangkan version episode 6 ni adalah antara yg paling susah dah nak dapat sekarang dan setahu aku telah stop production nya. Bagi aku ni adalah muzium masterpiece dan aku tak mungkin jual balik figura ni even dia punya price pun dah cecah 1000+ sekarang. Tapi satu je slack figura ni, dia punya scale kecik sikit berbanding scale figura 12' biasa (tengok gambar bawah tu)
Kiri; Figura 12' dari Sideshow Collectible lagi tinggi dari, kanan; figura Medicom aku, so nampak agak ketot ;(
(ni gamba contoh je bukan aku punya)