Thursday, June 4, 2015

Hai My Blog! I'm Back!

Tiba-tiba teringat yg aku ada blog suatu masa dulu, dah berkurun tak update ni. Bila ditengok balik previous posting aku yg dulu, tergelak sorang-sorang aku. Betapa naif dan tak matangnya aku punya posting tu. Haha. Maybe some of it boleh diterima pakailah. LOL. 

Dulu seingat aku buat blog ni kira macam updated lah kononnya, zaman study dulu aku memang naif, mungkin sekarang pun masih lagi naif kut, technically aku ingat tak ingat kenapa aku buat blog, maybe sebab boleh buat duit dengan nuffnang? Kononnya lah, tapi tengok sekarang. Haram dah kong dah pun link nuffnang tu. HAHA. Kumpul ramai follower? Menulis pun malas. Puiik!
Tapi bila difikirkan balik, a part of me memang ada terasa suka nak menulis, or maybe lebih kepada nak luahkan perasaan kut? Not quite sure. And that's why i'm here! Terasa nak menulis! Now aku tak peduli pun siapa nak baca blog ni, niat aku nak menulis cuma untuk diri sendiri, maybe macam e-diary kut? Gegirl sangat! Puiik!

Bila diingatkan balik, aku tinggalkan blog ni sebab malas nak update & menulis. Tapi sekarang tak tahu kenapa terasa nak menulis tiba-tiba, mungkin ada sedikit rasa nak share apa yg aku lalui selama ini dan ini ada memberi aku sedikit idea yg mungkin aku akan coretkan disini. Yang pasti aku menulis untuk diri aku sendiri, apa yg aku lalui dalam hidup ni. Mungkin sedikit perkongsian ni boleh dimanfaatkan untuk orang lain. At least kat sini boleh menulis syok sendiri, bab isu-isu sensitif ke apa ke kalau boleh aku cuba elakkan, aku ni bukanlah berilmu sangat, terlalu-lau banyaknya ilmu yg perlu aku belajar dan belajar, even now pun dah bekerjaya still jugak belajar dan belajar. 
Tapi tak tahulah masa mendatang nanti tiba-tiba aku naik minyak nak cerita mengumpat ke apa kejadah ke, aku cuba bersabar dengan diamkan diri inshaAllah. Biasalah kan apa-apa benda yg kita lalui dalam hidup ni mestilah ada something yg buat kita marah dan terasa nak luahkan perasaan marah tu sehabis-habis. Apa-apa pun aku akan coretkan random stuff apa yg aku lalui selama hidup di dunia ni. Itu saja.

So that's it! Aku akan continue another random story on the next post!

Saturday, December 3, 2011

I Owe U Medicom


Assalamualaikum.


Just about yesterday, yesterday and yesterday that was so yesterday, barang baik yg ku nantikan selama ni akhirnya sampai jua. Ni sedikit gambar ;)


Package from Japan arrived already! Hoyeah!!

Everything were kept in bubble wrap, nice!

2 sets

Jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng jeng~ (Darth Vader background music)
Medicom RAH 12" Darth Vader ROTJ ver. (Hard to find now liao!)


Aku ada post an entry before about Darth Vader ni, and these toys yg baru sampai ni still bau kilang, directly from Medicom Toy Japan! I'm kindly respect lah this company, because they put their customer satisfaction as their top priority! Figure Darth Vader aku yg sebelum ni mengalami sedikit minor fault and broken parts which agak merunsingkan aku, kalau nak jual dalam condition rosak macam ni tak molek lah kan, apatah lagi nak markup price tinggi2 memang tak dapek lah.


Removable helmet with Anakin Skywalker portrait, superbly detail liao!

So aku mencuba nasiblah dengan meng-send kan email ke Medicom Toys minta ganti rugi, and aku agak terkejut which is they replied and put my case on consideration. By the way aku ada 2 figure Darth Vader ni and eventually dua2 rosak. As a result, they willingly replaced me with two of new action figures, without me need to pay a cent, yelah, awal2 lagi aku bagitau diorang yg aku tak rela nak bayar sesen pun, and they willingly to take responsibility for this, heheh ;)


Buy me and I'll be your father ~


So for these Vaders, i'm SELLING it. If interested, just CLICK HERE for more details. Contact me via Facebook also can, but make sure to PM me first before add me as friend. For the cute and cun girls, you all are most welcome to add/ngorat this lonely guy's Facebook. Thanks!  =)

Urgh~

Assalamualaikum.


     Malam ni aku berasa amat tepu sekali, means bosan, bila rasa macam ni baru terajin sikit update blog ni. Assignments pulok macam biasa, asyik beranak anak tak putus2, sigh~
Entri ni pun ditulis sambil basuh baju, eh aku basuh baju pakai mesin lah, barulah lelaki metroseksual, ye dok? Heheheh.
     Mesin basuh kat rumah sewa ni pun spesel sikit, dia punya lid/penutup pun tercabut, so dapatlah aku tengok proses spinning baju dalam tu, usually tengok benda tu pusing2 sambil pikir masa depan dan macam mana nak buat duit banyak2 and dapat awek banyak2. Ehem.


Okay habis dah cerita mesin basuh, what's more, just about last week aku baru saja balik dari Singapore which is class trip. Sampai sana nak kata happy, tak jugok, i'm not quite sure what the feeling is but the main objective of the trip is, do research on environmental visual/graphic signage. Fuh hensem tak saya speaking? Hehe. Okay sila tengok gambar kat bawah ni =)


Ini tiket masuk ke pusat sains Singapore, tak tengok pun dinosaur tu sebab dah puluh kali tengok Jurassic Park, tepu tepu bosan bosan (padahal taktau kat area mana dinasaur tu -_-")


Pendekkan cerita, ni jelah ole2 yg sempat dikaut balik, tunggu kepulangan anakanda ini ya mama abah and family tercinta ;)


Okay tu jelah gambar kat Singapore, ada lagi tapi banyak gambar research je and tak perlu kut di upload kat sini. Actually malas sebenarnye nak upload, dah subuh macam ni baru rasa mengantuk, haish solat dululah baru tido ;)

Friday, November 25, 2011

Oh Angin Malam~

Assalamualaikum.


Malam ni rasa macam tak boleh nak tidur, esok pagi kena bertolak awal ke Singapore, oh trip kelas, haraplah trip ni boleh have fun dengan classmates tapi lecturer pulok macam...haiz...tak elok pulok ngumpat2 lecturer ni, teruk macam mana pun dia jugak yg kasi aku markah, tak akan pernah dekannya aku -_-"


Oh apa yg penting, harimau muda berjaya membaham garuda hahaha. Moment time tengok bola kat kedai mamak yg penuh dengan penyokong Malaysia especially kumpulan Ultra Malaya, memang feeling habis! Terus rasa kenegaraan & patriotik membuak buak je, mana taknye, bila lagu Negaraku dimainkan semua siap bangun berdiri kat kedai mamak tu, terus tak ingat roti canai kat depan dah haha. Ini belum masuk stadium lagi heheh.

Tapi takziah buat warga Indonesia yg mengalami tragedi kehilangan nyawa 2 warga Indonesia akibat dipijak orang ramai ketika menyerbu masuk stadium, aku pun tak berapa pasti details news ni tapi yg pasti 2 orang mati.  


Video ni dirakam through camera phone member aku, ini moment selepas jaringan penalti Badrol (kapten) akhirnya membolos gawang garu dada yg menentukan kemenangan buat Malaysia. Tapi agak kecewa sebab Malaysia kalah 2-0 menentang Syria dalam match qualification Olimpik. Dalam game ni Malaysia terus tak perform, possession bola pun Syria banyak pegang. Maybe letih lawan garu dada tak habis lagi kut.


p.s/ Baru sekarang rasa tergerak nak update, padahal banyak benor peristiwa menyayat hati terjadi kat aku baru2 ni, paling tak tahan melibatkan 'bini' aku..arghh!

Thursday, September 15, 2011

Terbukti Aku Terer Sejarah

Assalamualaikum w.b.t.


Tajuk kali ni ternyata berbaur sedikit poyo/bongkak tapi hakikatnya tak poyo/bongkak pun si tuan empunya blog ni, yelah, dah lah tak poyo/bongkak, pastu baik plus hensem pulak tu. Ehem.


Sekarang aku dah ada kat Shah Alam, first of the week kelas pun ada takde je. Standard lah UiTM. Banyak masa aku dihabiskan dengan online memanjang kat rumah sewa. Dalam masa tu aku terjumpa la satu website ni, iaitu History Chanel. Kat website ni ada anjurkan contest menjawab quiz dalam masa yang cepat dan jawab betul paling banyak, topiknya pasal sejarah presiden US iaitu JFK or J.F. Kennedy dan salasilah keluarga beliau.


Bagi yang ada Astro kat rumah bolehlah tengok program ni kat History Chanel, tak silap aku ni dia buat macam drama/lakon semula.
Canon EOS 60D
Sebenarnya aku tak minat pun sejarah pasal presiden US ni, apa yang menarik minat aku join contest quiz tu sebab first prize dia, iaitu kamera DSLR Canon 60D! Peh! Memang masyuk kalau dapat kamera ni. So inilah ranking highscore yang terkini..


Top 5 tu beb! Oh yeah!
Agak susahlah jugak nak dapat ranking ni, lagi2 nak maintain ranking tu, ada je orang yang pintas tiap hari. Ada 20 soalan dan kena jawab dalam masa 200 saat je. Soalan dia korang bayangkan lah, macam soalan sejarah Form 5, dalam English pulok tu. Pastu kena jawab dalam masa yang terpantas sekali. Memang agak mustahil lah bagi aku ni yang sedia genius even bagi pengkaji sejarah pun tak mungkin dapat jawab sepantas kelajuan cahaya. So untuk maintain ranking tu sampai esok pun macam impossible je.


Ada bran?
Ini latest punya score, konfem nama aku boleh tercicir kalau aku tak main quiz ni esok.
Mamat top scorer tu aku rasa mesti dia pakai cheat, dah lah jawab semua betul then masa jawab 29.32 saat?! Aku nak sampai 30 saat pun dah pancut, eh pancit. Yelah penat jari tekan mouse laju2. Klik sini kalau nak try.


Kalaulah belajar sejarah kat sekolah dulu boleh dapat gifts/prizes mahal2 macam DSLR ni ke, PSP ke, PS3 ke, confirm ramai student yang dapat kaler terbang, or flying colors.

Wednesday, September 7, 2011

Budak Mentah

Time puasa hari tu, kakak ku ada mintak tolong aku design kan logo TNB Careline, oh kakak aku ni memang kerja di TNB dan manis orangnya (tiba2). So ni kira chance baik kat aku boleh dapat job kecik gini daripada lepak saje2 kat rumah.


Bab design logo ni aku memang fail, tapi dah dapat job ni so pulun je lah, so ni antara hasil2 nya...


2 gambar bawah ni design awal2 or mock up...


Mock up 1
Mock up 2
Okay, yang bawah ni semua hasil yang final..


1
2
Yang ni aku tak sure boleh pakai ke tak design macam ni, setahu aku nombor  talian careline ni 1 je tapi TNB ni pelik, ada 2 nombor careline dia..so lantak ahh ye..

Yang ni nombor careline 1 lagi, saja aku buat asing, so takdelah nampak pelik

Sebenarnye TNB anjurkan contest cipta logo tapi cuma staf TNB je boleh masuk, so kakak aku antara staf TNB, boleh lah masuk. Kira ni contest tertutuplah, nampak sangat TNB ni save budget tak nak upah designer luar, pakai kerah staf sendiri je..nampak permainannye disitu haha..

Kalau kakak aku menang, salah satu dari logo ni confirm naik billboard..haha..tapi aku rasa tak mungkin sebab design aku teruk :(

p.s. Apa kaitan dengan tajuk? Oh budak mentah tu aku lah..mentah lagi dalam dunia design2 ni, sesiapa yang bermata seni tu silalah kritik kaw2 punye hehe

Sunday, September 4, 2011

Job

Job atau bahasa melayunya, kerja, secara definisinya orang yang bekerja secara sukarela dibayar atau tak rela dibayar (eh ada ke?).

Okay dah bunyi macam kamus dewan pulok. Demn..
Dalam entri aku sebelum ni dah ada bagitau yang aku cuti 4 bulan, okay lama tu tapi dah nak habis dah =(
Terasa macam berat je nak tinggalkan kampung and aku pun pelik tak rasa excited pun nak naik sem baru..sigh~

Hari tu habis je praktikal aku kerja part time jadi stocker atau stock taker. Kerja ni pada anggapan aku lah tak ramai yang tau sebab company yang aku kerja ni macam agak low profile tapi dapat client besar2 macam Tesco, Jusco, Carrefour, Giant, and lain2. Kiranya company ni adalah third party semua supermarket tu untuk bahagian kira stok je. Kerjanya senang je, just kira semua barang secara berjemaah/ramai2, bukan barang dalam gudang tu tapi dalam supermarket tu. Kat bawah ni contoh uniform time kerja..tu bukan aku okay!

Gambo curik dari Google, aku takde iphone so takdelah  gambo aku =(  (apa kaitan?)
Oh nama company ni Ajis, bukan pak ajis sugar daddy tu (main tulis je), and Ajis ni asal dari Jepun so bos aku pun memang orang Jepun. Kerja ni memang tak tido malam lah, start dari malam sampai pagi, biasa start dalam pukul 11-12 malam sampai 7-8 pagi. Yang penting sehari RM50+ dapat and so far semua okay. 

Yang tak okay nye aku takde iphone or natang phone skrin sentuh2 tu semua, kalau tak dah ada dah gambo mamat hensem beruniform Ajis dalam blog ni..hehe

p.s. Tak macam budak ni, dapat je gaji terus angkat natang android..sigh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...