Thursday, September 15, 2011

Terbukti Aku Terer Sejarah

Assalamualaikum w.b.t.


Tajuk kali ni ternyata berbaur sedikit poyo/bongkak tapi hakikatnya tak poyo/bongkak pun si tuan empunya blog ni, yelah, dah lah tak poyo/bongkak, pastu baik plus hensem pulak tu. Ehem.


Sekarang aku dah ada kat Shah Alam, first of the week kelas pun ada takde je. Standard lah UiTM. Banyak masa aku dihabiskan dengan online memanjang kat rumah sewa. Dalam masa tu aku terjumpa la satu website ni, iaitu History Chanel. Kat website ni ada anjurkan contest menjawab quiz dalam masa yang cepat dan jawab betul paling banyak, topiknya pasal sejarah presiden US iaitu JFK or J.F. Kennedy dan salasilah keluarga beliau.


Bagi yang ada Astro kat rumah bolehlah tengok program ni kat History Chanel, tak silap aku ni dia buat macam drama/lakon semula.
Canon EOS 60D
Sebenarnya aku tak minat pun sejarah pasal presiden US ni, apa yang menarik minat aku join contest quiz tu sebab first prize dia, iaitu kamera DSLR Canon 60D! Peh! Memang masyuk kalau dapat kamera ni. So inilah ranking highscore yang terkini..


Top 5 tu beb! Oh yeah!
Agak susahlah jugak nak dapat ranking ni, lagi2 nak maintain ranking tu, ada je orang yang pintas tiap hari. Ada 20 soalan dan kena jawab dalam masa 200 saat je. Soalan dia korang bayangkan lah, macam soalan sejarah Form 5, dalam English pulok tu. Pastu kena jawab dalam masa yang terpantas sekali. Memang agak mustahil lah bagi aku ni yang sedia genius even bagi pengkaji sejarah pun tak mungkin dapat jawab sepantas kelajuan cahaya. So untuk maintain ranking tu sampai esok pun macam impossible je.


Ada bran?
Ini latest punya score, konfem nama aku boleh tercicir kalau aku tak main quiz ni esok.
Mamat top scorer tu aku rasa mesti dia pakai cheat, dah lah jawab semua betul then masa jawab 29.32 saat?! Aku nak sampai 30 saat pun dah pancut, eh pancit. Yelah penat jari tekan mouse laju2. Klik sini kalau nak try.


Kalaulah belajar sejarah kat sekolah dulu boleh dapat gifts/prizes mahal2 macam DSLR ni ke, PSP ke, PS3 ke, confirm ramai student yang dapat kaler terbang, or flying colors.

Wednesday, September 7, 2011

Budak Mentah

Time puasa hari tu, kakak ku ada mintak tolong aku design kan logo TNB Careline, oh kakak aku ni memang kerja di TNB dan manis orangnya (tiba2). So ni kira chance baik kat aku boleh dapat job kecik gini daripada lepak saje2 kat rumah.


Bab design logo ni aku memang fail, tapi dah dapat job ni so pulun je lah, so ni antara hasil2 nya...


2 gambar bawah ni design awal2 or mock up...


Mock up 1
Mock up 2
Okay, yang bawah ni semua hasil yang final..


1
2
Yang ni aku tak sure boleh pakai ke tak design macam ni, setahu aku nombor  talian careline ni 1 je tapi TNB ni pelik, ada 2 nombor careline dia..so lantak ahh ye..

Yang ni nombor careline 1 lagi, saja aku buat asing, so takdelah nampak pelik

Sebenarnye TNB anjurkan contest cipta logo tapi cuma staf TNB je boleh masuk, so kakak aku antara staf TNB, boleh lah masuk. Kira ni contest tertutuplah, nampak sangat TNB ni save budget tak nak upah designer luar, pakai kerah staf sendiri je..nampak permainannye disitu haha..

Kalau kakak aku menang, salah satu dari logo ni confirm naik billboard..haha..tapi aku rasa tak mungkin sebab design aku teruk :(

p.s. Apa kaitan dengan tajuk? Oh budak mentah tu aku lah..mentah lagi dalam dunia design2 ni, sesiapa yang bermata seni tu silalah kritik kaw2 punye hehe

Sunday, September 4, 2011

Job

Job atau bahasa melayunya, kerja, secara definisinya orang yang bekerja secara sukarela dibayar atau tak rela dibayar (eh ada ke?).

Okay dah bunyi macam kamus dewan pulok. Demn..
Dalam entri aku sebelum ni dah ada bagitau yang aku cuti 4 bulan, okay lama tu tapi dah nak habis dah =(
Terasa macam berat je nak tinggalkan kampung and aku pun pelik tak rasa excited pun nak naik sem baru..sigh~

Hari tu habis je praktikal aku kerja part time jadi stocker atau stock taker. Kerja ni pada anggapan aku lah tak ramai yang tau sebab company yang aku kerja ni macam agak low profile tapi dapat client besar2 macam Tesco, Jusco, Carrefour, Giant, and lain2. Kiranya company ni adalah third party semua supermarket tu untuk bahagian kira stok je. Kerjanya senang je, just kira semua barang secara berjemaah/ramai2, bukan barang dalam gudang tu tapi dalam supermarket tu. Kat bawah ni contoh uniform time kerja..tu bukan aku okay!

Gambo curik dari Google, aku takde iphone so takdelah  gambo aku =(  (apa kaitan?)
Oh nama company ni Ajis, bukan pak ajis sugar daddy tu (main tulis je), and Ajis ni asal dari Jepun so bos aku pun memang orang Jepun. Kerja ni memang tak tido malam lah, start dari malam sampai pagi, biasa start dalam pukul 11-12 malam sampai 7-8 pagi. Yang penting sehari RM50+ dapat and so far semua okay. 

Yang tak okay nye aku takde iphone or natang phone skrin sentuh2 tu semua, kalau tak dah ada dah gambo mamat hensem beruniform Ajis dalam blog ni..hehe

p.s. Tak macam budak ni, dapat je gaji terus angkat natang android..sigh~

Saturday, September 3, 2011

Sigh~

Sigh~

Kat atas tu bunyi mengeluh, maknanya cuti 4 bulan yang aku harungi selama ni dah nak habis dah. Bila dah nak habis maknanya dah naik sem baru. Bila naik sem baru maknanya kena study. Bila kena study maknanya banyak subjek pelik-pelik kena hadap. Bila banyak subjek pelik-pelik kena hadap maknanya kena cari boxer baru (eh apa kaitan?) Sigh~ lagi.

Buka je student portal UiTM untuk register subjek, terus sigh~ terus menerus. Banyak pulok nama-nama subjek yang pelik dan menakutkan..
Ini baru sikit, ada lagi yang nak kena register. Sigh~


p.s. Raya dah habis, PTPTipu pun tak masuk lagi..sigh~

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya to Me from Lisa Surihani!

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Bagi yang membaca blog yang tak pernah nak update ni, trimas banyak-banyak saya ucapkan dan saya mohon maaf sebab 1, terlalu malas nak update blog ni, kesian blog ni hehe.

So malas nak tulis panjang-panjang, ini kad raya yang ku tunggu2 selama ni...


Love you too Lisa..muahh! ;)

p.s. Raya tahun ni bermakna sikit hehe =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...